Resdung menunggu mangsa

View previous topic View next topic Go down

Resdung menunggu mangsa

Post  Admin on Sun Apr 13, 2008 1:22 pm

Seduan atau Allergic Rhinitis

Pensyarah dan Pakar Bedah Otorinolaringologi-Bedah
Kepala dan Tekak,Universiti Sains Malaysia,
Dr Wan Shah Jihan Wan Din berkata:
“Seduan atau Allergic Rhinitis adalah masalah hidung yang disebabkan oleh alahan terhadap Alergen. Ia tidak menyebabkan masalah yang teruk melainkan gatal-gatal pada kulit muka dan hidung, hidung berair dan kerap bersin.
Namun bila seduan menjadi semakin teruk, ia akan menular menjadi sinusitis. Hidung yang tersumbat akan membengkak,berkahak dan berdarah”.


Bagaimana sinus bertindak


Bagaimana fungi mampu menyebabkan masalah yang teruk kepada manusia?

Fungi adalah organisma menyerupai tumbuhan tetapi tidak mempunyi klorofil. Mereka tidak dapat membina makanan mereka sendiri lalu menyerap makanan dari sumber organik yang lain. Mereka sepatutnya makan benda-benda yang telah mati tetapi kadangkala menyerang organisma yang masih hidup dan inilah yang terjadi dalam kes sinusitis fungal. Fangi yang biasa terlibat adalah dari genus aspergillus.



Punca sinusitis


Mengikut Dr Wan Shah Jihan, Apabila Seseorang mendapat rhinitis, bakteria atau fungi akan hinggap dan berkubang di situ menyebabkan berlakunya jangkitan sinus dan bernanah.
Seduan yang tidak dikawal boleh membawa kepada resdung. Sekiranya tidak dirawat,bengkak akan merebak hingga ke otak dan tepi mata akan menghasilkan nanah di otak dan di tepi mata (terutama bagi kanak-kanak)



Jenis-jenis sinusitis

Terdapat dua jenis resdung - sinusitis akut dan sinusitis kronik.
Sinusitis Akut- berlaku dalam masa yang singkat, kurang daripada 14 hari. Biasanya muka akan menjadi sakit,hidung berhingus! sering mendapat sakit tekak dan pengumpulan kahak yang banyak.
Sinusitis Kronik- hidung tersumbat, kahak banyak dan berbau busuk, sakit kepala, gatal-gatal pada mata dan muka yang berlarutan. Pesakit tidak sakit tetapi keadaan sebegini mengganggu keselesaan mereka.
Semua orang boleh mendapat resdung dan bagi mereka yang mempunyi sejarah keluarga yang mempunyi hipersensitiviti seperti asma dan penyakit kulit, akan menunjukan tanda-tanda yang lebih ketara.



Operasi fungsi seterusnya

Begitulah juga dengan bakteria yang memangkinkan sinus, apabila memasuki rongga sinus dan mendiami hingus yang tersumbat, ia akan berkembang biak dan menyebabkan bengkak semakin membesar. Dalam masa yang sama mereka menghakis tulang muka dan menyebabkan semakin nipis. Bakteria yang terlibat adalah bersifat anaerob (bernafas tanpa oksigen) dari jenis gram positif, contohnya Streptococcus pneumoniae yang boleh menyebabkan penyakit kronik lain seperti pnemonia dan meningitis.


Sintom sinusitis

Sensitif pada perubahan cuaca seperti panas kepada sejuk, perubahan emosi dan perubahan hormaon turut menghasilkan gejala yang serupa dengan resdung.
Sintom utama pada pesakit sinusitis adalah hidung berair, sakit pada muka dan tekanan. Kahak hijau dan kuning yang keluar dari hidung dan mulut.
-Sakit kepala
-Batuk berkahak
-Demam dan sakit gigi
-Kurang peka pada bau dan bau busuk dan hanyir kahak di rongga sinus.

Jika keadaan sinus/resdung menjadi terlalu sirius, pembedahan terpaksa dilakukan dengan beberapa keadaah di antaranya menebuk bahagian atas gusi atau menebuk lelangit untuk mengeluarkan lendir resdung . Persoalannya sanggupkah anda menempuh pengelaman yang menyakitkan ini?


Komplikasi

Pihak kami menggalakan pesakit resdung tidak memandang mudah atau remeh masalah ini kerana ia boleh menimbulkan komplikasi.
Pembengkakan isi yang mengandungi nanah dan bakteria itu akan membesar sehingga menolak tulang muka ke tepi. Fenomina ini digelar mukosil yang pada masa yang sama menyebabkan saraf terhimpit, organ di luar seperti mata tertolak keluar, mengakibatkan pandangan menjadi kabur dan seterusnya buta.



Resdung menunggu mangsa

Apabila fungi atau bakteria tersebut telah menghakis tulang, mereka akan pergi ke struktur yang paling dekat dengan hidung iatu otak atau mata.
Mereka akan menyelinap ke lapisan extradura dan menghasilkan nanah.
Begitu juga dengan mata, bakteria yang telah tersebar ke bahagian tersebut akan menghasilkan nanah di bahagian tepi mata, mengakibatkan pandangan menjadi kabur dan seterusnya buta.
avatar
Admin
Admin

Posts : 12
Join date : 2008-04-07

View user profile http://rawatanresdung.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum